MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday 14 July 2015

Program Iktikaf Ramadhan di Masjid Uthman Affan Bukit Rangin

Seramai 51 orang murid BRASS lelaki dan perempuan meyertai program Iktikaf Ramadhan di Masjid Uthman Affan Bukit Rangin. Program yang pertama kali diadakan ini mengajak para peserta untuk menunaikan satu lagi ibadah yang sangat digalakkan (sunat Muakkad) sempena bulan Ramadhan terutama pada 10 malam terakhir. Para peserta kelihatan bersemangat dan menghabiskan selama 3 jam di masjid itu iaitu dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, seperti yang dirancang. Masing-masing dibekalkan dengan sebuah buku panduan dan seutas tasbih hasil sumbangan para guru BRASS. Semoga program ini dapat menyemarakkan lagi semangat Ramadhan yang hanya setahun sekali dalam tahun Hijrah. Semoga kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
 
Ramadhan.....
Ramadhan.....
Ramadhan usah pergi....
 



No comments:

Post a Comment