MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 8 August 2014

Kejohanan Olahraga 2014


Kejohanan Olahraga BRASS tahun ini mengalami sedikit transformasi yang sangat baik apabila diadakan selama 2 hari berturut-turut bermula pada hari Khamis, 7 Ogos (3.00 - 5.00 petang) dan berakhir pada Jumaat, 8 Ogos 2014 (7.40 - 12.10 tengah hari). Terima kasih kepada Naib Yang DiPertua PIBG, En. Wan Mohd Fauzi b Wan Mohd yang merasmikan kejohanan olahraga kali ini.

Acara sukan yang dijalankan pada hari Khamis ialah acara 200 meter dan 400 meter bagi semua kategori A, B dan C. Manakala pada hari Jumaat, acara-acara sukan yang dipertandingkan ialah 800 meter terbuka, 100 meter, 4x100 meter, 4x400 meter, 4x50 meter (acara guru rumah sukan) dan tarik tali antara rumah sukan. 

Keputusan keseluruhan pertandingan adalah seperti berikut:
  • Syahbandar  - 824 mata
  • Bendahara    - 789 mata
  • Temenggung - 755 mata
  • Laksamana   - 684 mata
Acara tarik tali dimenangi oleh rumah Temenggung dan Bendahara sebagai Naib Johan.

Mohd Nor Danial dan Nur Izzah Umairah dari rumah Laksamana diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati 2014.
















Tahniah kepada pasukan yang menang. Yang kalah bukanlah kalah selamanya. Yang penting semangat dan kerjasama dalam pasukan dapat disemai melalui sukan selain meningkatkan dan mengekalkan prestasi kecergasan fizikal.

Sukan untuk semua!

No comments:

Post a Comment