MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday 10 June 2014

Percutian Guru-guru ke Pulau Langkawi


"All work no play makes Jack a dull boy". Tepat seperti bidalan Inggeris ini. Terima kasih kepada Tuan Pengetua kerana memberi peluang kepada guru-guru menikmati percutian di Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam. Seramai 40 orang guru (39 perempuan 1 lelaki) menyertai program lawatan ke pulau idaman suri itu.

Percutian yang bermula pada 10-13 Jun itu sekurang-kurangnya memberi ruang untuk guru-guru yang terlibat melepaskan penat bekerja buat seketika sebelum menyambung semula rutin seperti biasa sekembali cuti sekolah nanti.

Perjalanan pergi




Tour guide, Cikgu Shaabuddin

 Dalam feri




Destinasi pertama kami, Idaman Suri. Seperti namanya, begitulah barangan yang dijual. Semuanya idaman suri rumah dengan harga yang sangat murah. Corelle, Corning, Vantage, sudu, garpu, cadar, selimut dan berbagai lagi yang semuanya menarik bagai magnet! Berbondong-bondong hasil 'tangkapan' kami. Lumayan! Peluang yang diberi rugi kalau dilepaskan. Maklum saja...bebas cukai. Boleh dikatakan semuanya separuh harga! 

Kami juga dibawa ke Kompleks Haji Ismail Group, sebuah kompleks baru dalam rangkaian kedai Haji Ismail Group yang menguasai pasaran Langkawi. Paling banyak dibeli ialah coklat. Daim, Hershey's Kisses, Ferrero Rocher....semuanya sangat murah untuk dibawa balik untuk kaum keluarga di rumah sebagai buah tangan.




Kami menginap di sebuah motel bajet, De Teratak Motel dalam pekan Kuah. Bersih dan selesa. Cukup untuk melelapkan mata sebelum menyambung semula misi keesokan hari. Motel ini sangat hampir dengan pelbagai jenis kedai di sekitar pekan Kuah. Kami mengambil kesempatan pula untuk mencuci mata selepas solat Asar dan menyambar beberapa barangan yang sukar ditemui dengan harga yang murah di Kuantan.

Keesokan harinya, kami dibawa melawat ke beberapa destinasi seperti kilang gamat Legenda, Makam Mahsuri, Underwater World, menaiki kereta kabel yang terpanjang di Asia Tenggara di Gunung Mat Cincang dan Dataran Langkawi.

Singgah breakfast roti canai Langkawi sebelum memulakan lawatan hari ke-2....





Lawatan di Kilang Gamat Legenda




Di Makam Mahsuri....
 Kami berselfie bersama foto Siti Aisyah, generasi ke-7 Mahsuri yang dikatakan mewarisi kecantikan Mahsuri. Walau bagaimanapun, Siti Aisyah telahpun bertudung selepas beliau berkahwin baru- baru ini.



Nyanyian ketika Adat berendoi


Pemandangan dari atas kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cincang adalah sangat menarik dan memukau. Orang putih kata, awesome!!! Suasana di atas pergunungan yang berkabus, sejuk, nyaman dan berangin membuatkan kami terlupa sebentar bahawa kami sebenarnya berada setinggi 70,000 kaki dari paras laut! Kami beransur turun setelah seketika dan singgah sebentar menikmati roti pita daging yang harganya agak mahal tapi sedap iaitu RM5.50 sekeping.




Destinasi terakhir hari ke-2, Dataran Lang (Dataran Helang) . Dataran ini dihiasi dengan patung helang setinggi 12 meter merupakan mercu tanda Langkawi.


Setelah 3 hari berada di Langkawi, tibalah masanya untuk pulang ke sarang. Lagipun, 'bahaya' sekiranya lebih lama berada di pulau ini. Binbang nanti kena ikat perut pulak dek terlebih berbelanja! Apa yang nyata, beg-beg kami semuanya bertambah sehingga tidak cukup ruang bagasi bas. Lihat sajalah foto di bawah...



Sebelum pulang ke Kuantan, kami berkesempatan bershopping di Padang Besar Perlis, syurga menbeli belah di utara tanah air. Masa yang diberi selama 2 jam dirasakan terlalu singkat dan pastinya ada antara kami yang merancang untuk berkunjung lagi sekiranya berpeluang.



Kemudian kami bergerak pulang pada jam lebih kurang 1.30 petang dan singgah sebentar di kedai makan dan runcit Jeruk Madu Pak Ali yang sangat popular di seluruh Malaysia. Kami berpeluang menyaksikan pembungkusan jeruk seperti mangga, kedondong, buah pala dan kelubi.

Kami akhirnya sampai di Kuantan pada jam 2.30 pagi Sabtu. Suatu perjalanan yang sangat jauh tapi penuh dengan kepuasan.

Syukur Alhamdulillah....

1 comment: