MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 30 January 2013

Wira Taekwando

 
MUHAMMAD HILMAN IZZAT
BIN MUHAMMAD IHSAN
Tingkatan 5 Bestari
 
Pencapaian:
Naib Johan
Kejohanan Taekwondo
'Kukkiwon-Hanmadang'
Peringkat Negeri Pahang
pada 20 Januari 2013
di SJK(C) Triang Pahang

Saturday 19 January 2013

Pemberian Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

PENDAHULUAN
Pada 28 September 2012, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet    Negara bagi tahun 2013 telah meluluskan   peruntukan sejumlah RM540 juta untuk    pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga  Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun  2013.  

OBJEKTIF 
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun  yang ditanggung oleh ibu bapa atau  penjaga murid.

KRITERIA KELAYAKAN 
1. Murid warganegara Malaysia
2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sesi persekolahan 2012 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2013
3. Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
 
TEMPOH PELAKSANAAN 
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2013 sahaja

ATUR CARA MAJLIS
8.30 pagi
Pendaftaran
9.00 pagi
  • Ucapan Tuan Haji Zaimi b Abu Bakar, Pengetua BRASS
  • Ucapan YB Dato’ Mohd Zaili b Haji Besar, DIMP., ADUN Panching
  • Penyampaian Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 oleh YB Dato’ Mohd Zaili bin Haji Besar, DIMP. kepada murid Tingkatan  1 Cendekia, 3 Cendekia dan 5 Cendekia.
  • Jamuan ringan
 
10.00 pagi
  • Pengambilan Wang Bantuan Khas Awal         Persekolahan RM100 oleh ibu bapa / penjaga di kelas-kelas seperti yang ditetapkan dalam jadual.
  • Bersurai












Saturday 12 January 2013

Gotong - Royong Perdana

Gotong - royong diadakan bertujuan membersihkan kawasan sekolah , menghiasi kelas - kelas , 
turut terlibat adalah Guru dan Pelajar B.R.A.S.S sendiri ...

Semua aktiviti hari ini berjalan dgn lancar ... Alhamdulillah ...







Friday 11 January 2013

Munajat Perdana 1

OBJEKTIF :
  1. Mentarbiyah murid supaya sentiasa bermunajat kepada Allah swt dalam semua aspek kehidupan seharian
  2. Menghayati konsep " raja " (berharap) kepada Allah swt dalam segala hajat yang diigini.
  3. Meningkatkan keimanan dan ketakwaaan kepada Allah swt dengan melaksanakan amalan sunat yang di syariatkan .
  4. Mengeratkan hubungan silaturahim antara seluruh warga BRASS
 










Terasa kerdilnya diri
Tatkala dahi menyentuh bumi-Mu
Batang tubuh yang ada
Juga semuanya milik-Mu
Air mata yang mengalir
Bagai tidak terasa
Tanpa disuruh-suruh
Tidak segan silu
Bersama teresak di hamparan-Mu
 
Mengenang nikmat-Mu
Mengenang pemberian-Mu
Mengenang anugerah-Mu
Yang hanya sedikit dibalas olehku
Maha suci-Mu ya Allah...
Maha agung-Mu ya Allah...
Hamba sujud pada-Mu
Memohon redha-Mu
Memohon taufik-Mu
Memohon keampunan-Mu
 
La Ilaha IllalLah.....
MuhammadarRasululLah....
Terima kasih ya Allah
Syukur hanya kepada-Mu ya Allah.....
Semoga tidak pernah putus pemberian-Mu
Semoga tidak pernah padam rahmat-Mu
Semoga tidak pernah habis kasih saying-Mu
 
Ya Hayyu Ya Qayyum...
Ya Sami'un Aliim...
Amin Ya Rabbal 'Alamin.....

Friday 4 January 2013

Orientasi Tingkatan Satu 2013


Assalamualaikum,

 Minggu Orientasi Tingkatan Satu telah bermula 02 - 04 / 01 / 2013, Minggu suai kenal antara pelajar dengan Guru BRASS , Sepanjang tempoh 3 hari bermacam aktiviti di jalankan di bawah Unit Bimbingan Kaunseling BRASS . 

Turut membantu bekas pelajar tingkatan 5/2012 iaitu Naemudin Zakaria , Mohammad Aiman Zakwan dan krew Kelab Kita Semua pada hari pertama serta Badan Pengawas BRASS .

Murid Tingkatan Satu diberi pendedahan tentang pembelajaran dan displin sekolah .





PBS Form 2 In-house Training for ELTs



Pn Nor Rahishah as the presenter who had attended
the course during the last school holidays.